Weight Loss

"LANGSING & ANGGUN BERSAMA S.I.Y"

Saturday, 31 October 2009

Awas puting bayi!





ADAKAH anak anda menggunakan puting bayi? Jika ya, anda mungkin perlu menghadapi kenyataan yang pahit hasil penemuan terkini bidang perubatan.

Kanak-kanak yang menggunakan puting bayi sebenarnya berisiko tiga kali ganda menghadapi kesukaran bercakap ketika usia mereka menjelang dewasa kelak.



Read more....





Sumber: Kosmo

Cinta! Cinta! Cinta!


Photo: sekadar hiasan


Cara Untuk Mengetahui Kamu Mencintai Seseorang...
12:Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya.
11:Kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.
10:Kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.
9:Kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya.
8:Bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain di sekeliling. Kamu hanya nampak dia...
6:Dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.
5:Kamu perasan kamu sentisa senyum apabila kamu memandangnya.
4:Kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.
3:Semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja.
2:Kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan bahawa nombor tujuh hilang/tiada.
1:Kamu akan balik ke atas untuk memastikan adalah betul tiada no 7 dan kamu akan tergelak sendiri.

BUATLAH HAJAT KAMU SEKARANG. KAMU TAU APA YANG KAMU PALING INGINKAN.... .

Thursday, 29 October 2009

6IXTH SENSE-KHATIMAH CINTA



Bintang Malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku

Peluk tubuhku
Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi...



Note: Salam teman-temanku, lama sudah elynn tak updates blog, so hari ini kebetulan boleh mencelah-celah tenet nih, so elynn pun tertarik dengan bait-bait lagu ini"khatimah Cinta" sungguh sadis..so teman-teman ENJOY IT..........

Monday, 5 October 2009

THE TWILIGHT SAGA: NEW MOON

Language: English
Running Time: N/A
Director: Chris Weitz
Cast: Kristen Stewart, Robert Pattinson.

Synopsis:

After Bella recovers from the vampire attack that almost takes her life, she looks to celebrate her birthday with Edward and his family. However, a minor accident during the festivities results in Bella's blood being shed, a sight that proves too intense for the Cullens, who decide to leave the town of Forks in Washington, for Bella and Edward's sake. Initially heartbroken, Bella finds a form of comfort in reckless living, as well as an even closer friendship with Jacob Black. Danger in different forms awaits.

" Vampire in Love & get along together"

NANTIKAN!!!!!!!

Open House! 15 Syawal

Bihun Sup Utara

Masak lodeh & nasi impit

Kuah kacang & nasi impit

Sepanjang minggu selepas 1 syawal, open house pula menjadi tradisi di bandar. Setelah beraya di kampung halaman dan masanya beraya bersama teman-teman di kota.

Minggu lepas dan minggu ini asal weekend aja, mulalah open house dari teman-teman, mana yang sempat, sempatlah elynn pergi, mana yang tidak harap dimaaf.

Tak dinafikan juadah yang di sediakan memang lazat-lazat dan buat mata dan perut ni tak sabar nak jamah, lagi best segala pantang dan larang langgar ( Diet).

Ini merupakan menu yang glamour yang sering disediakan di open house, so dalam kesempatan ini elynn pun nak berkongsi menu jugak, kebetulan menu ini kegemaran elynn dan hubby.

Buat teman-teman , makan boleh tapi berpada-pada, jaga kesihatan diri.

Selamat berhari raya dan ber open house!

Thursday, 1 October 2009

12hb Syawal 1430

Assalammualaikum w.b.t,

Apa khabar teman-teman , lama elynn tak updates blog kebetulan hari ni ada masa yang terluang sedikit ini.

Mengenai Hari Raya yang disambut baru-baru ini , sudah tentu seronok dan begitu teruja untuk menziarahi sanak dan saudara. Kemeriahan agak kurang sikit, al maklum dah dewasa so suasana berubah sedikit, jika dibandingkan dengan kanak-kanak sudah tentu DUIT RAYA jadi agenda pada musim perayaan ini.

Photo-photo raya elynn tak sempat nak loading, insyaallah elynn akan laksanakan dalam masa yang terdekat ini.

Bagi yang masih teruja dengan oepn house , jangan makan terlalu banyak, jaga kesihatan dan pohon kemaafan itu lebih sempurna syawal kita.

Salam hormat dan jumpa lagi...

Sunday, 20 September 2009

Salam Aidilfitri

Assalammualaikum w.b.t,

Hai, salam syawal buat umat islam khususnya dan amnya kalian yang menyambut bersama. Sudah tentu pagi RAYA bermaafan sesama keluarga, sanak -saudara dan teman-teman, tak lupa juga mengayakan baju baru dan menjamah kuih muih mahupun makanan di meja dihidang cantik.

Paling mengembirakan apabila raya di kampung bersama sanak saudara dan diwaktu inilah jejak kasih bermula.. bertanya khabar , bersenda gembira sambil kunjung mengunjung.

Oleh itu, jangan dilupa, keselamatan semasa perayaan haruslah dititik beratkan, agar kegembiraan berpanjangan. Dan bagi yang bekerja, jangan pulak sambung cuti ia :) Tuntutan kerja juga wajib dilaksanakan.

Dalam kesempatan ini ELYNN & SUAMI ingin mengucapkan :-

SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR & BATIN.

khas buat: Makabah & adik-adik dikampung SELANGOR, Keluarga Mertua di KEDAH, Angh di perantauan dan Teman-teman bloggers semua!!!!